Hafiz Hamidun Meriahkan Konsert Kenang Israk Mikraj



Mutiara Johor Corporation akan menganjurkan Konsert Mikraj Cinta di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru pada 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435H.

Tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi Tabung Mutiara Johor Corporation di mana dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, rumah-rumah kebajikan, sumbangan Ramadan dan sebagainya.

Konsert ini diadakan bersempena dengan peristiwa agung Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah di mana ianya merupakan satu perjalanan dan pengembaraan serta mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W.




"Menerusi konsert ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan para penonton, meningkatkan pengetahuan, ketaqwaan, keimanan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W melalui alunan zikir, selawat dan tazkirah disamping dapat menghayati persembahan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan seterusnya memperolehi ilmu yang boleh mendidik jiwa dan memberi santapan rohani kepada para penonton," ujar Pengerusi Mutiara Johor Corporation, Ydh Datin Noor Laila binti Yahaya.

Antara artis terkenal yang akan membuat persembahan adalah Hafiz Hamidun yang akan bergandingan bersama Pencetus Ummah Rahmat serta seorang qariah antarabangsa dan personaliti TV iaitu Sharifah Khasif.

Konsert yang bakal diiringi dengan 'live music' ini meletakkan sasaran jualan tiket sebanyak 5000 tiket kepada badan-badan korporat, persatuan-persatuan dan orang ramai. Tiket yang dijual pada harga RM35, RM65, RM110 dan RM160 boleh didapati secara online di Ticket2U.Biz atau di kaunter-kaunter terpilih bermula pada 1 April 2014.



Persembahan ini akan diadakan pada 29 haribulan Mei, 2014. 8:30 malam



Tiket-tiket berharga dari RM 35, 65, 110 dan 160 sudah mula dijual.





Hafiz Hamidun



Hafiz berasal dari Perak tetapi beliau banyak mengambara. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di dalam bidang muzik dan pernah menganggotai kumpulan UNIC, salah satu kumpulan Nasyid tersohor suatu masa dahulu.

Hafiz kini bergerak secara solo.

Di antara pencapaian beliau, album Zikir Terapi Diri milik beliau terjual lebih dari 250,000 unit. Ia merupakan rekod jualan tertinggi di Asia Tenggara untuk tahun 2012. Album tersebut sekarang masih dijual di seluruh dunia melalui laman iTunes.



Sharifah Khasif



Sharifah Khasif juga berpendidikan tinggi. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di dalam bidang kewangan. Kemudian menjuarai pertandingan Tilawah Kebangsaan kali ke-51 dan juga pernah memenangi pertandingan akedemi alQuran. Kini beliau banyak mengendalikan rancangan berbentuk keagamaan di TV.



PU Rahmat



PU Rahmat masih muda, beliau masih menuntut di Universiti Kebangsaan. PU Rahmat merupakan salah seorang finalis di dalam program Pencetus Ummah, Astro.



Stadium tertutup Dewan Bandaraya Johor Bharu

Stadium MBJB terletak di tengah bandaraya JB. Jika anda perlukan bantuan, rujuk peta Google di sini.

Parking. Stadium tersebut mempunyai lapangan letak kereta yang luas. Walaupun begitu, anda dinasihati untuk datang awal ke stadium kerana parking tersebut mungkin tidak mencukupi.



Tiket untuk kanak-kanak

Peraturan untuk kanak-kanak adalah seperti berikut. Secara dasar, konsert ini tidak menawarkan diskaun kepada kanak-kanak. Jika anda membeli tiket berharga RM 110 dan 160, kami nasihatkan anda membeli tiket yang berasingan untuk anak anda tersebut. Sebaliknya jika anda membeli tiket berharga RM 35 dan 60, peraturannya tidak lah sebegitu ketat.

Jika anak anda menganggu. Tidak kira berapa harga tiket yang anda belikan, sekiranya anak anda mula menggangu audien-audien lain, pihak produksi berhak meminta anda berpindah ke bahagian belakang (atau keluar dari kawasan utama) - untuk mententeramkan anak anda.



Kod pakaian

Keywordnya adalah sopan dan kemas. Bagi menghormati majlis, elaklah dari memakai pakaian yang menjolok mata dan terlalu terdedah.



Kerusi bernombor

Ticket2u menjual tiket secara kerusi bernombor (fixed seating) tetapi peraturan ini hanya diketatkan untuk pembeli tiket berharga RM 110 dan 160. Untuk pembeli tiket berharga RM 35 dan 65, anda bebas untuk duduk di mana-mana kerusi. Perkara ini bukanlah diskriminasi, tetapi hanya kekangan operasi. Di stadium ini, kerusi berharga RM 35 dan RM 65 tidak mempunyai nombor.



Pilih kerusi anda sendiri

Klik pada butang bertarikh 29 haribulan Mei di atas dan sistem akan menunjukkan kepada anda susun atur kerusi di stadium. Sistem tersebut juga akan menunjukkan kerusi mana yang masih kosong dan kerusi mana yang sudah terjual/ ditempah. Anda boleh memilih mana-mana kerusi yang anda minati - di antara yang masih kosong.

Kes grafik kerusi tidak responsif. Sepatutnya, jika status kerusi tersebut masih kosong, grafik kerusi tersebut akan bertukar tanda apabila diklik. Tetapi kami juga mendengar ada sesetengah komputer, kerusi-kerusi di atas tidak memberi respon apabila diklik. Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, rujuk kepada mereka yang pakar atau talifon 03 4147 8600 (Isnin - Jumaat, waktu pejabat) atau 019 2111 600 dan beritahu secara khusus - 'seat tidak responsif di komputer anda'. Kami ada cara lain untuk membantu anda.

Kerusi yang terbaik? Secara mudah, tentunya kerusi yang terbaik adalah kerusi yang berharga paling mahal. Tetapi sebenarnya, di dalam mana-mana persembahan (termasuklah bola sepak), kerusi yang terbaik dari segi audio dan visualnya adalah semua kerusi di tengah-tengah stadium. Jadi tidak kira berapa bajet anda, sekalipun anda hanya hendak membeli tiket berharga RM 35; datanglah awal ke stadium dan pilih kerusi di tengah - di antara kawasan tiket berharga RM 35 tersebut.
Previous Post Next Post