KL, 21 MAC 2014: Orang dulu-dulu ada berkata, kalau masa bercinta semuanya indah. Yang busuk jadi wangi, yang jahat pun jadi baik, tetapi biasalah itu semua adat orang bercinta dan ARTISMELETOP pun dah lalui semua itu.
Sebab itulah bila tengok pasangan yang sedang bercinta kadang-kadang dicuit rasa lucu tapi tak kurang juga yang over sampai naik menyampah dibuatnya, oops!
Tetapi siapalah ARTISMELETOP nak pertikaikan cara pasangan bercinta meluahkan isi hati masing-masing kan?
Kalau komen lebih nanti orang kata kita cemburu tak pun dengki, maklumlah perasaan orang yang sentiasa solo macam ARTISMELETOP ini mana nak sama dengan mereka yang dilamun cinta.
Tengok sahajalah pasangan comel si Zizan Razak dan Emma Maembong yang sekian lama berahsia mengenai status mereka akhirnya kini tidak lagi menyembunyikan perasaan yang terbuku dihati mereka.
Ucapan sayang, rindu dan I miss you sudah menjadi kalimat wajib sebagai tanda hati mereka saling memiliki.
ARTISMELETOP perasan hal ini bila melihat Instagram milik Emma yang memuat naik gambar dia dan buah hatinya, Zizan dengan caption ‘saya rindukan awak @zizanrazak869’.
Setelah beberapa ketika pengacara dan pelakon popular itu membalas nota cinta yang dikirim aktres kacukan itu.
Dengan menggunakan gambar yang sama, Zizan dengan kata penuh romantis membalas ‘I miss you too sayang @emma_maembong’.
Pasangan ini terpisah buat sementara waktu kerana Emma kini sedang bercuti bersama teman dan adik beradiknya ke Phuket, Thailand. Biasalah bila berjauhan dan demam rindu, hanya ucapan sebegini dapat hilangkan sakit angau kan.
Haaaa macam ini barulah best. Tiada orang nak berteka-teki dan si artis pun tak susah payah nak sembunyi pasal perasaan masing-masing. ARTISMELETOP pun suka tengok pasangan selebriti popular ini sebab sama cantik sama padan.
Mereka pun khabarnya tidak akan menunggu lama untuk mendirikan rumahtangga. Harapan ARTISMELETOP biarlah ia dipermudahkan segala rencana mulia kalian tersebut. Dah siap kad kahwin jangan lupa nak jemput ARTISMELETOP okay? Ciao!!
ARTISMELETOP: Sari Yanti dan suami pula khabarnya sedang alami krisis, mudah-mudahan Allah SWT selamatkan rumahtangga mereka. Amin.