Sidang Media Tergempar Hanez Suraya


Seperti yang dijanjikan Hanez Suraya tiba di One World Hotel, Bandar Utama City Centre untuk mengadakan majlis sidang media berhubung kontroversinya yang membabitkan dirinya dan kekasihya ‘R’.

Aktres tersebut tiba bersama peguamnya Wan Nurliyana Badul Rahman di Business Centre Hotel tersebut kira-kira jam 3.25 petang.

Kekasihnya yang kini telah mendedahkan namanya, Romie Razin Adilha turut hadir ditemani peguamnya Rubiah.




Apa yang akan dikupas oleh Hanez dalam sidang medianya ini nantikan berita selanjutnya di ARTISMELETOP.

Berikut merupakan beberapa keping gambar wakil media sedang menunggu penjelasan daripada Hanez Suraya.



Dibawah ulasan mengenai kontroversi yang berlaku terhadap dirinya.

Demi menjaga maruah diri dan keluarganya, pelakon Hanez Suraya meminta agar isteri kepada kekasihnya Nurliyana Abd Manan untuk membuat permohonan maaf kepadanya atas tuduhan bahawa dia telah merampas suami kepada wanita tersebut.

Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

"Tuduhan dan dakwaannya yang mengatakan saya penyebab kepada keretakan rumahtangganya tidak benar dan telah memalukan serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga saya.

"Kenyataannya kepada pihak media agak melampau kerana saya dan suaminya berkenalan baru hanya 5 bulan yang lalu iaitu selepas dia memfailkan cerai di mahkamah pada Oktober lalu.

"Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu. Jika saya boleh membuat sidang media untuk menjelaskan semunya, saya rasa dia pun harus buat begitu," katanya dalam sidang media khas tergempar itu.

Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romei Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
Previous Post Next Post