Qi Razali Perli Guru Di Laman Sosial?



Nampaknya drama Bukan Kerana Aku Tak Cerita sememangnya mempunyai impaknya tersendiri. Drama lakonan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi akibat aksi mesra terlampau dua pelakon utamanya itu.

Terbaru, satu emel singgah di inbox ARTISMELETOP dari individu yang mendakwa dirinya peminat drama Bukan Kerana Aku Tidak Cinta, drama adaptasi daripada novel E-man Sufi yang kini sedang hangat ditayangkan di siaran TV berbayar, Astro.

Menerusi emel ini, individu itu memberitahu dia mewakili peminat-peminat E-man Sufi, ingin berkongsi cerita mengenai tindakan kurang sesuai Qi Razali iaitu kekasih kepada Nelydia Senrose terhadap penulis novel berkenaan.




Kisahnya terjadi apabila peminat kepada E-man Sufi telah merasakan Qi Razali telah memerli penulis novel itu melalui laman twitternya dengan memalukan pekerjaan E-man sebagai seorang GURU yang mana Qi Razali tidak menghormati malah mencerca pekerjaan seorang cikgu hanya kerana sikap baran yang tidak bertempat.

Semuanya bermula dengan salah faham Nelydia Senrose terhadap komen-komen peminat E-man Sufi di dalam Instagram E-man yang mana komen tersebut adalah komen-komen biasa sebagai peminat terhadap drama tersebut.

Setelah seminggu status tersebut, Nelydia Senrose secara tiba-tiba memberi komen dan mempersoalkan tentang laharan serta memperli peminat-peminat drama tersebut dengan memberi komen dan mempersoalkan apa hak peminat tersebut untuk mengkritiknya dan dia katanya tidak sangka komen tersebut datangnya daripada golongan yang ‘berpendidikan tinggi’ seperti guru



Komen dari Nelydia itu katanya tidak wajar ditulis memandangkan status E-man Sufi di gambar tersebut nyata jelas tiada kaitan lansung dengan dia.

Keadaan bertambah buruk apabila kekasih Nelydia, Qi Razali menaikkan pula status yang memerli kerjaya seorang guru.

Tambahnya lagi, mereka peminat-peminat E-man merasakan bahawa status Qi Razali ini memang ditujukan kepada novelis tersebut kerana jelas status itu ditulis sebaik saja Nelydia memberi komennya di Instagram milik E-man Sufi.



Bagi mereka, kritikan dan komen terhadap drama Bukan Kerana Aku Tidak Cinta tidak menjadi masalah, namun dengan menghina E-man dan kerjaya sebagai seorang guru adalah sangat tidak wajar kerana dua kerjaya itu adalah tidak berkaitan antara satu sama lain.



Tindakan Qi Razali menulis status tersebut telah mengundang marah daripada peminat E-man Sufi dan juga guru-guru di Malaysia tambahan pula ianya datang daripada selebriti yang dikenali ramai walaupun namanya semakin tenggelam. Tidak tahulah kalau Qi Razali tidak pernah bersekolah dahulu.



Peminat-peminat E-man Sufi sedar akan hal ini bila mana dalam beberapa siri status di twitter yang Qi Razali tulis sepertinya ditujukan kepada E-man Sufi terutama dengan status ‘block peminat’ dimana terdapat beberapa orang peminat drama tersebut telah di block daripada laman Instagram dan Twitter milik Nelydia dan Qi Razali.



Tindakan kurang matang pasangan ini dianggap peminat E-Man Sufi dan guru-guru sangat kurang sesuai dan tidak profesional. Persoalannya, kenapa perlu sentap kerana hal ini tiada kaitan lansung dengan Qi Razali dan sekiranya ada mempunyai kaitan, Qi Razali tidak sepatutnya sentap sehingga menghina kerjaya seorang guru.

Sebagai seorang selebriti, dia dan pasanganya seharusnya lebih bersedia menghadapi segala kutukan dan tomahan kerana ini adalah rencah sebagai anak seni terutama kepada Qi Razali yang semakin berusia sepatutnya menasihat Nelydia supaya lebih bersabar dan lebih berhati-hati.

Jangan disebabkan perasaan insecurity terhadap hubungannya dengan Nelydia dan doa peminat agar Nelydia menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad maka Qi Razali merasakan dia ada hak untuk biadap terhadap golongan guru.

Sebelum ini keadaan telah reda kerana E-man Sufi telah menenangkan peminatnya, namun Qi Razali semakin melampau dengan memuat naik beberapa siri status di Twitter seperti mencabar dan keadaan semakin tegang.

Pekara ini benar-benar mengundang marah di kalangan peminat drama ini. Walaupun Qi Razali telah memadam status tersebut kerana terlalu banyak komen yang menghentam yang dia terima, namun peminat tetap tidak berpuas hati.

Dipenghujung emel itu, individu ini berharap Qi Razali dan Nelydia Senrose agar lebih bersikap terbuka kerana sebagai seorang selebriti, mereka seharusnya lebih berdiplomasi dalam melayan kerenah golongan peminat dan haters. Peminat-peminat beranggapan, kerenah sentap dan cemburu Qi Razali bakal menghancurkan kerjaya Nelydia Senrose dan sudah pastinya Industri seni tanah air akan ‘bakal’ kehilangan satu bakat hanya kerana teman lelaki lebih sudu dari kuah.

Diharapkan mereka berdua dapat meminta maaf secara terbuka kepada E-man Sufi dan para peminat drama ini sekiranya memang benar status tersebut ditujukan kepada E-man Sufi.

Haa... Begitulah panjang lebarnya isi kandungan emel yang dihantar oleh seorang peminat E-Man Sufi. Selebihnya ARTISMELETOP pun tak tahu nak cakap apa lagi.

ARTISMELETOP: Tengah sibuk layan lagu Ziana Zain, Erra Fazira dan Awie. Terangkat-akat kening ni haaa...
Previous Post Next Post