Sunny jaga hidung



KUMPULAN wanita, Girls’ Generation sememangnya terkenal dengan kemampuan menari walaupun sambil menyanyi.

Dalam satu wawancara, Sunny dan Hyoyeon mengakui tarian bukan sahaja perlu mengawal vokal semata-mata.

Menurut Sunny, penjagaan pernafasan dan hidung juga perlu diambil kira agar tidak mengganggu konsentrasi mereka.




“Kami amat menitik beratkan soal pernafasan dan bentuk hidung ketika beraksi kerana penampilan juga perlu dijaga.

“Kami akan mengelakkan daripada masalah hidung kembang atau tercungap-cungap ketika membuat persembahan kerana ia akan menghasilkan impak foto yang tidak elok,” katanya.
Previous Post Next Post