Syamsir, Tyas bercinta


TYAS MIRASIH

PEMAIN bola sepak Indonesia, Syamsir Alam dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi popular, Tyas Mirasih.

Namun pemain Sriwijaya FC itu menjelaskan bahawa dia tidak mahu hubungannya dengan Tyas akan mengundang kontroversi.

"Jangan menghakimi pilihan saya jika kalian tidak tahu pokok pangkal cerita antara kami," ujar Syamsir melalui laman sosial Twitter miliknya.

Sementara itu, khabar angin mengenai hubungan cinta mereka tersebar selepas pemain bola sepak kelahiran Agam, Sumatera Barat itu telah memuat naik gambar mereka bersama.




Antara gambar yang dimuat naik bersama pelakon Cinta Brontosaurus itu ialah ketika mereka berada di sebuah pantai. Syamsir dikatakan menulis ungkapan puitis kepada Tyas.

"Saya hanya inginkan kamu sahaja. Kekuranganmu, kesalahanmu, senyum, tawa dan kelucuan. Saya mungkin bukan kekasih yang sempurna di matamu tetapi saya mencintaimu dengan semua yang saya miliki," antara ungkapan yang ditulis oleh Syamsir di laman sosial Instagram miliknya.

Namun, Syamsir kini telah menyekat akaunnya untuk tontonan terbuka. Sehingga menyebabkan peminat mereka tertanya-tanya mengenai status hubungan cinta mereka.
Previous Post Next Post