Tweet Prihatin Selebriti Tempatan Mengenai #MH370

Seperti mana tajuk-tajuk utama akhbar di seluruh dunia mengenai insiden melibatkan Syarikat Penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines, selebriti tempatan kita juga tak terlepas serta turut mengambil bahagian dalam mengajak para peminat mereka untuk sama-sama berdoa.

Harapan dan doa itu ditujukan kepada penumpang dan anak kapal penerbangan MH 370 yang sehingga kini statusnya tidak dapat dipastikan dan dilaporkan mula terputus hubungan sejak awal pagi Sabtu, 8 Mac lepas.




Antara tweet yang menjadi tumpuan sudah semestinya artis tempatan yang sering berulang alik daripada Kuala Lumpur dan Shanghai iaitu Shila Amzah yang baru sahaja melaporkan bahawa dia telah selamat tiba di Beijing malam semalam.



Penyanyi tersebut turut mendapat perhatian daripada Yuna yang turut menjadi pengguna utama selaku duta media sosial Malaysia Airlines tersebut.



Dalam pada mereka saling mengingati antara satu sama lain, tidak terkecuali selebriti lainnya turut menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang sejati dan prihatin dengan musibah yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal MH 370 itu.



Antara yang sempat Murai rakamkan adalah Dafi, Noniswara, Sara Ali, Nurul Wahab, Nora Danish dan beberapa lagi.



Dalam sesi temubual diantara duta media sosial MAS iaitu Yuna pada pagi ini eksklusif di JoHaRa pagi Era, Yuna memohon rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminatnya untuk tidak berkongsi sebarang berita kurang tepat atau spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.



“Saya mohon kepada rakyat Malaysia dan peminat saya sendiri untuk berhenti menyebarkan berita kurang tepat atau membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan. Beri ruang kepada ahli keluarga yang terlibat serta pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan dan misi pencarian MH370,” ujar Yuna melalui panggilan telefon yang dibuat oleh JoHaRa pada pagi tadi.



Yuna yang kini bertapak di Amerika Syarikat bersama Verve Group itu turut berharap agar urusan misi pencarian pesawat MH370 dipermudahkan dan meminta rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan para penumpang, kabin krew dan dua juruterbang MH370.



“Saya harap rakyat Malaysia dapat bersabar dan dapatkan berita yang tepat dari pihak berkuasa. Sama-sama kita berdoa untuk memudahkan misi percarian pesawat MH370,” tambah Yuna lagi.



Tidak kiralah ia merupakan ReTweet mahupun entri yang anda sendiri muatnaik, selagi ia dapat menyumbangkan doa agar keajaiban akan muncul dihujung jalan. #prayforMH370



ARTISMELETOP: Kita pun ada twitter jugak followlah @ArtisMeletop
Previous Post Next Post