Awi Rafael Sudah Ada Pengganti



SEBELUM ini ada Aida merisik siapa pengganti Hanez Suraya kepada Awi Rafael, bagaimanapun katanya hatinya masih belum dimiliki sesiapa. Bagaimanapun kehadiran berita ini sedikit menggembirakan memandangkan khabarnya Awi sebenarnya sudah ada kekasih sejak beberapa bulan lalu.

Malah kalau ada yang perasan wanita ini sering bersamanya ke beberapa majlis. Mungkin selepas hubungan lalu, Awi memang agak tertutup bercakap soal ini. Mungkin ada sesuatu yang sudah Awi pelajari.

Kata Awi, dalam hubungan apa yang penting adalah untuk menurut kata hati. Malah perpisahan lalu juga, katanya dibuat kata kerana dia percaya kata hati.

Sekali pandang kekasih Awi ini saling tidak tumpah seperti Hanez. Dari tinggi sehingga ke wajah, semuanya hampir serupa.

Kata kawan Aida, kali pertama jumpa, mesti ada yang menjangka wanita tersebut Hanez.




Si pemberi cerita ini juga tidak menolak mungkin pilihan Awi itu tidak terlalu jauh, jadi sebab itu ramai yang menjangka wanita itu kekasihnya.

Bagi Aida tidak salah pun Awi mahu menemui cinta baru memandangkan Hanez sendiri sudah bersedia melangkah ke fasa baru. Walaupun fokus Awi lebih kepada kerja buat masa sekarang, tidak salah sebenarnya jika suatu hari nanti dia benar-benar bersedia memperkenalkan seseorang kepada peminat.

Mengenali Awi, Aida tahu dia bukan seorang lelaki yang suka mempermainkan cinta. Mudah kata kalau sudah suka itu pasti fikirannya sudah jauh memikirkan sesuatu. Tidak mengapa Awi ambil masa untuk diri juga, jangan tergopoh-gopoh soal ini memandangkan Awi sendiri pernah ada pengalaman. Tetapi kalau perlu jujur, jujurlah. Sebab kadang-kadang apa yang keluar dari mulut kita ini mungkin dimakbulkan.

Nota Lutut: Che Ta pertahan tindakan hadiahkan anak kereta mewah.
Previous Post Next Post