'Bintang Di Kalbu' Gandingkan Mimie Haris & Ezzam Ezzairy



Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 bakal menyiarkan sebuah drama bersiri bertajuk 'Bintang Di Kalbu' dengan meletakkan pelakon utamanya Mimie Haris dan Ezzam Ezzairy serta membantu adalah barisan pelakon lain seperti Yaya Ma’embong, Fatin Afeefa, Adam Shah, Nadia Mustafa, Kay Maria dan Sharolnizam Noor.

Drama 13 episod terbitan Warna Motion Pictures ini bakal disiarkan mulai 24 April ini pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.30 pagi.

'Bintang Di Kalbu' mengisahkan pasangan kekasih Dilla dan Ashraf saling mencintai, namun terpaksa berpisah kerana mendapat tentangan hebat daripada bapa tiri Dilla, Malik. Tanpa diketahui, Ashraf dan Malik sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan. Dilla salah faham dan mempercayai semua kata-kata dusta Malik mengenai niat Ashraf mencintainya.




Meskipun Ashraf meminta Dilla mempercayainya, dia tetap meninggalkan jejaka itu dan meninggalkan kampung halamannya. Ashraf yang terluka mulai membenci Dilla. Selepas 10 tahun, Dilla mendapat berita mengenai kematian Malik. Dilla dan Ashraf juga bertemu kembali, namun semuanya sudah berubah. Ashraf tidak lagi menyayangi Dilla dan bersikap kasar terhadapnya.

Pada mulanya Dilla cuba untuk bersikap seperti biasa dan tidak mempedulikan Ashraf, namun selepas wasiat Malik dibaca, Dilla mula membenci lelaki itu. Saksikan babak demi babak romantis yang diselang selikan dengan konflik percintaan dan kekeluargaan ini hanya di TV1.
Previous Post Next Post