'Captain America' versi Hong Kong



SELEPAS beraksi menerusi filem fantasi, The Monkey King, Donnie Yen kembali di pawagam menerusi Iceman.

Merupakan filem remake The Iceman Cometh (1989) arahan Clarence Fok, teraju utama ketika itu, Yuen Biao, turut dipanggil beraksi sama.

Iceman mengisahkan seorang pengawal maharaja dari Dinasti Ming yang bertarung dengan musuhnya lakonan Wang Baogiang.




Mereka kemudiannya terperangkap dalam runtuhan akibat pertarungan itu sehingga berabad lama.

Menurut pelakon utamanya, Yen, jalan cerita filem itu menyerupai 'Captain America' yang mengembara ke masa hadapan.

"Jasad keduanya dijumpai oleh sekumpulan pengkaji dan membawa 'mumia' ini ke Hong Kong untuk siasatan lanjut.

"Setelah menjalani beberapa proses, jasad itu kembali bernafas dan mereka tetap meneruskan pertempuran di era moden," jelasnya.

Trailer The Iceman Cometh (Bing Feng Xia) 3D
Previous Post Next Post