Nampaknya memang bukan mudah untuk seseorang yang baru je melalui fasa yang sukar dalam hidupnya untuk melupakan apa yang pernah terjadi. Mungkin tu jugak yang dirasai oleh Erra Fazira sekarang nie.
Macam yang pernah ARTISMELETOP laporkan kepada korang sebelum nie, bekas suami Erra Fazira dan anak mereka, Engku Emran & Aleesya sedang cuba untuk memujuk kembali Erra Fazira supaya mereka boleh bersatu semula sebagai sebuah keluarga.
Namun perkara tu tak semudah yang disangka. Kalau sebelum nie Erra Fazira meminta supaya dirinya tak didesak, hari nie Erra Fazira mula meluahkan apa yang dirasa
“Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa. Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya,”
Mungkin dah terlambat, mungkin belum untuk Engku Emran memulakan langkah, apapun ARTISMELETOP dan peminat Erra Fazira yang lain sepastinya mendoakan yang terbaik untuk Erra Fazira sekeluarga. Amin.