Selesai Cara Baik, Romie Bakal Cerai Isteri



Update terbaru berkenaan kontroversi yang melanda Hanez Suraya & kekasihnya, Mr R atau nama sebenar, Romie Razin Adilha Abd. Jais.

Menurut sumber, Romie akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu. Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang Isnin (semalam).

Menurut peguam syarie berkenaan, Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya itu secara baik.




Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Mr R akan menfailkan permohonan cerai secara baik ataupun masih lagi dengan proses lama.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.



ARTISMELETOP: MAKIN TERSENYUM LEBAR LAH SI HANEZ TU!
Previous Post Next Post