Fadzil Zahari Saya Tak Nak Orang Salah Faham Pada Yana


Baru-baru ini Yana Samsudin meluahkan rasa kecewa terhadap seorang penulis blog yang menurutnya telah menokok-tambah kenyataan yang diberikannya. Jelas heroin 'Wawa Semput'itu, ramai yang tersalah anggap tentang hubungan dengan Fadzil Zahari selepas artikel itu disiarkan.

Malah, Yana juga mendakwa dia perlu menjelaskan kedudukan sebenar kepada Fadzil kerana temannya itu tidak begitu senang dengan kenyataan itu. Apa pula komen Fadzil?

“Tajuk artikel tersebut membuatkan orang salah faham terhadap Yana kerana ianya berbunyi seperti ‘Yana tunggu lamaran Fadzil’. Tak manis kedengaran apabila seorang perempuan berkata sedemikian yang membuatkan orang membuat tafsiran kepada Yana.

Nanti ada pihak yang salah sangka dan tak selesa dengan membaca tajuk artikel tersebut. Penulis tersebut seperti memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh Yana,” kata Fadzil ketika dihubungi oleh ARTISMELETOP pada Khamis.




Menurut adik kepada pelakon Farid Kamil itu, dia dan Yana sudah berkawan rapat sejak lima tahun lalu. Namun mungkin ada yang mengembar-gemburkan isu mereka berkawan kerana status Yana sebagai seorang selebriti popular.

“Realitinya memang kami berkawan baik dan rapat jadi setakat ini kami selesa dengan perkara itu. Kami belum mempunyai sebarang perancangan untuk ke peringkat seterusnya, namun jika pada masa hadapan ada jodoh saya tidak akan menolak kemungkinan itu,” kata Fadzil.

Selain itu, Fadzil lebih aktif bekerja di belakang tabir dan kini sedang menulis skrip untuk sebuah drama berjudul Gamat Isme'' terbitan Pencil Pictures. Dia juga baru selesai penggambaran sebuah telefilem bertajuk Papa Yibbie untuk saluran TV9 sempena Hari Bapa.
Previous Post Next Post