Hrithik Semuanya kerana anak



Sudahlah sakit yang menimpa di bahagian kakinya itu masih menghantuinya, Hrithik pada masa sama berdepan juga masalah rumah tangga. Meski sudah menyatakan berpisah dengan Sussane, namun hubungan Hrithik Roshan dengan isterinya itu masih baik.

Apatah lagi kalau urusan berkaitan dengan anak, mereka berdua akan bersikap seolah-olah tidak ada masalah di antara kedua-duanya.

Menurut suatu sumber, perhubungan baik antara Hrithik dan Sussane itu dapat dilihat sewaktu majlis hari lahir anak mereka baru-baru ini.




“Contohnya, pada majlis hari lahir anak mereka, Hrehaan Roshan yang ketujuh baru-baru ini, pasangan itu turut meraikannya.

"Pesta ulang tahun kelahiran itu yang mengetengahkan suatu tema yang dikenali sebagai Taman Hreehan. Mereka sangat pandai mengaturnya dan majlis itu berjalan dengan teratur," kata sumber itu kepada Apunkachoice.com.

Keretakkan hubungan pasangan itu sudah lama diperkatakan yang mana mereka berpisah tempat tinggal sejak beberapa bulan yang lalu.
Previous Post Next Post