NAMA Amar sudah lama tidak berada dalam radar hiburan kerana tidak aktif lagi dalam dunia lakonan.
SEMALAM, sebelum Mizz Lahar masuk tidur, Mizz Lahar sempat menonton siaran ulangan episod akhir Asia's Next Top Model musim kedua.
Bangga juga rasanya apabila anak jati kelahiran negeri Selangor telah dinobatkan sebagai juara rancangan pencarian model terkenal itu. Siapa lagi kalau bukan Sheena Liam.
Mizz Lahar percaya, dengan sosok tubuh yang langsing, serta rambutnya yang berwarna perang itu, Sheena pasti mendapat tempat di pentas peragaan di seluruh dunia. Semoga berjaya Sheena!
Sewaktu Mizz Lahar khusyuk melayan siaran ulangan itu, Mizz Lahar sempat mengerling pada timeline Instagram.
Selain gambar kucing dan tas tangan Chanel, bola mata Mizz Lahar terpaku seketika apabila terpandang imej pasangan lelaki dan perempuan yang sedang bermesra di atas katil.
Belek punya belek, baru Mizz Lahar perasan yang gambar itu telah dimuat naik oleh pelakon berbadan kekar, Ammar Alfian.
Menurut kapsyennya, gambar itu diambil untuk sebuah iklan cetak yang kini disiarkan di beberapa buah negara di seluruh dunia tetapi gambar tersebut bukan untuk pasaran Malaysia.
Apa yang meragukan Mizz Lahar tentang gambar tersebut ialah Ammar kelihatan tidak berpakaian manakala wanita yang berbaring di atas katil itu hanya berpakaian dalam!
Mizz Lahar tidak mahu menuduh yang bukan-bukan. Cuma, gaya persembahan iklan tersebut seperti iklan untuk jenama pakaian dalam. Ditambah dengan aksi mesra kedua-dua mereka, iklan tersebut memang tidak sesuai untuk dipamerkan di Malaysia.
Tapi, takpa. Ammar cukup terkenal dengan tubuh badan yang sasa. Mungkin dia menggunakan peluang yang ada untuk cuba meluaskan namanya dalam dunia peragaan pula.
Maklumlah, Amar pun sudah lama tidak muncul sebagai pelakon. Kita sendiri sudah hampir terlupa dan Mizz Lahar percaya ramai yang tidak kenal siapa dan drama apa yang pernah dijayakan Amar sebagai seorang pelakon.
Mizz Lahar rasa, selain Sheena, mungkin nama Ammar turut akan dikenali sebagai peragawan popular pada masa akan datang. Siapa tahu kan?
MIZZ LAHAR: Lebih rela jadi model kebaya nyonya.