KREDIBILITI tiga orang juri (dari kiri) Deen, Gayathri dan Jeeva pada final YMAS 2014 dipertikaikan umum.
JIKA sebelum ini ramai yang meminati rancangan realiti televisyen seni tari Yutha Medai, namun pada tahun ini, program yang dikenali sebagai Yutha Medai All Stars 2014 (YMAS 2014) itu bagaimanapun telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif yang tidak diduga daripada penonton.
Acara final YMAS 2014 yang berlangsung di Studio KRU, Cyberjaya baru-baru ini ternyata lebih istimewa dan mempunyai tarikan tersendiri.
Memenuhi syarat pertandingan iaitu peserta setiap kumpulan perlu terdiri daripada dua orang dengan sekurang- kurangnya seorang selebriti Tamil tempatan dan seorang penari.
Bagaimanapun, kebanyakan peserta memilih untuk bergabung dengan jantina yang sama. Ini menyebabkan peserta program tersebut lebih banyak disertai pasangan sesama lelaki berbanding pasangan lelaki dan wanita.
Namun, pasangan lelaki dan wanita mempunyai kelebihan dari segi persembahan dan ia digunakan dengan baik sekali oleh juara YMAS 2014 pasangan pelakon Tamil, Agotharan atau Ago dan penari klasikal, Kavitha Shanmugam.
PASANGAN Ago dan Kavitha (kiri) berdepan dengan saingan sengit daripada Denes dan Danish pada pusingan Battle final YMAS 2014.
Persoalan yang timbul berkisar tentang adakah perjalanan YMAS 2014 benar-benar telus dan memuaskan penon- ton?
Sepanjang persembahan, Ago dan Kavitha mempamerkan gerak tarian yang sangat mengujakan. Terpilih sebagai penari terbaik untuk beberapa episod sejak program itu bermula pada 25 Januari lalu, YMAS 2014 menampil- kan 11 pasangan dan penyingkiran berlaku pada setiap episod.
Ago telah menggunakan bakat lako- nannya dengan baik setiap kali melakukan ekspresi untuk setiap karak- ter tariannya terutama pelawak legenda, Charlie Chaplin.
Sebagai juara YMAS 2014, Ago serta Kavitha masing-masing memenangi sebuah kereta Vios dan mereka juga berkongsi hadiah wang tunai bernilai RM30,000 selain beberapa hadiah tambahan lain.
Namun buat pertama kali, program tersebut dicemari pelbagai kontroversi yang mungkin memberi impak besar kepada masa depannya.
Episod finalnya yang dibahagikan kepada beberapa peringkat penyingkiran telah memperlihatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan audiens apabila pasangan tarian yang dipercayai hebat tersungkur di peringkat awal.
Dalam keadaan ini, ramai yang mula mempersoalkan tentang ketelusan dan kemampuan tiga orang juri program itu yang terdiri daripada Deen, Gayathri dan Jeeva.
Muncul banyak komen-komen tidak puas hati terutama menerusi laman sosial Facebook. Antara komen itu adalah tentang ketidakcekapan juri membuat keputusan memilih calon pemenang, juri yang langsung tidak memberi perhatian kepada tarian tetapi sibuk berbual dengan dua juri yang lain dan keputusan sudah dirancang lebih awal.
Menambahkan perisa negatif terhadap YMAS 2014 adalah dari segi kredibiliti pengacara program. YMAS 2014 dihoskan dengan profesional oleh hos dari Malaysia, Magendran Raman dan pengacara terkenal dari Singapura, Vishnu.
Skil Nityaswari (tengah) sebagai salah seorang hos final YMAS 2014 dipersoalkan ramai.
Namun, kehadiran seorang lagi peng- acara, Nithyaswari sebaliknya gagal membantu kerana dia jelas sekali hanya berpandu kepada skrip, sehingga pada slot tertentu ketika Magendran dan Vishnu tampil berjenaka, Nithyaswari sebaliknya kelihatan tidak tentu arah.
Nithyaswari yang kelihatan anggun dalam persalinan merah juga turut diherdik oleh penonton sebagai hanya berdiri tanpa banyak bercakap. Jika bercakap sekalipun, dia hanya ‘membaca’ skrip tanpa lenggok bahasa badan seorang pengacara.
Kemuncak elemen negatif yang dilihat dalam YMAS 2014 ialah peringkat penentuan antara johan dan naib johan program tersebut.
Saingan Ago dan Kavita ialah pasangan Denes Kumar dan Danish Supramaniam dan mereka perlu bersaing hebat dalam pusingan battle sebelum layak dinobatkan sebagai juara.
Di atas pentas, kedua-dua pasangan masing-masing diberikan lagu untuk menari mengikut giliran. Persaingan pada pusingan battle dimulakan oleh pasangan Ago dan Kavitha manakala pasangan DD pula bertindak ‘menonton bersama’ sambil melakukan ‘ejekan gerak badan’ di suatu sudut di atas pentas yang sama tetapi memberi ruang buat Ago dan Kavitha beraksi.
Malangnya, keadaan menjadi kelam-kabut sewaktu tiba giliran pasangan DD membuat aksi tarian.
Pentas menjadi kelam-kabut apabila Ago dan Kavitha turut berlumba mencuri tumpuan – bukan sekadar melakukan ejekan gerakan badan terhadap pasangan DD tetapi mereka melakukan aksi tari dengan menggunakan seluruh pentas YMAS 2014.
Kesudahannya, satu pentas dihidangkan dengan dua jenis tarian yang berbeza menyebabkan audiens dan juri hilang fokus terhadap persembahan pasangan DD akibat ‘gangguan tidak beretika’ Ago dan Kavitha itu.
Dalam pusingan yang sama, pasangan DD turut hilang kawalan apabila Denes bertindak menendang Ago kerana tidak memberi ruang buat dirinya dan Danish membuat aksi tarian.
Akibatnya, YMAS 2014 yang sepatutnya menjadi antara program yang cuba mencungkit bakat tarian dalam kalangan selebriti dan penari Tamil tempatan, sebaliknya bertukar menjadi satu persembahan yang rendah dari segi moral apabila memperlihatkan taktik kotor antara dua kumpulan yang bersaing untuk merebut juara.