Produk kurus bawa sawan


Produk kurus bawa sawan

Orang ramai yang menggunakan produk menurunkan berat badan ‘Figure Up’ dinasihatkan menghentikan pengambilannya kerana ia mengandungi bahan beracun berjadual sibutramine.

Ia berikutan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) masih menerima laporan kesan advers membabitkan produk ini walaupun kenyataan mengenai bahaya produk itu sudah disebarkan 8 November tahun lalu.





Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah Abdul Rahman berkata, laporan terbaru membabitkan dua pengguna berusia antara 14 dan 38 tahun yang mengalami kesan advers serius iaitu sawan dan pendarahan ulser duodenal.

Menurutnya, hasil ujian sampel yang dilakukan oleh BPFK mendapati produk berkenaan mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.


“Semakan mendapati produk ini banyak dipromosi dan dipasarkan melalui Internet untuk menurunkan berat badan, malah, label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semula jadi dan dihasilkan di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (APB).
Previous Post Next Post