Sheena Liam, 22 iaitu peserta tempatan yang mara ke peringkat akhir Asia's Next Top Model musim ke-2 telah berjaya dimahkotakan gelaran juara pertandingan realiti popular berkenaan.
Dia telah mengetepikan dua peserta akhir yang masing-masing datang dari Filipina iaitu Jodilly Pendre dan Katarina Rodriguez.
Pengumumannya telah dibuat malam tadi pada acara akhir program berkenaan di Tanjong Jara Resort, Kuala Terengganu.
Atas kejayaan itu memberi kelebihan untuk Sheena menerima kontrak dalam bidang peragaan bersama-sama Storm Model Management yang beribu pejabat di London, termasuk peluang tampil di dalam majalah fesyen terkemuka Harper's Bazaar Singapore/Malaysia
Sheena juga turut menerima hadiah wang tunai, kereta Subaru XV dan menjadi wajah baru bagi kempen produk TRESemme.
Musim kedua program berkenaan telah menunjukan peningkatan dari segi penyertaan, di mana seramai 16 peserta daripada 12 negara serata Asia telah dipilih untuk menyemarakan proses pencarian model terkemuka rantau ini.
Asia's Next Top Model telah ditayangkan di saluran Star World Asia (Astro saluran 711) bermula 8 Januari lalu.
ARTISMELETOP: TAHNIAH KAMI UCAPKAN