Brooklyn Beckham Kerja Jadi Pembancuh Kopi



Membawa nama Beckham bukanlah tiket bagi Brooklyn untuk bersenang lenang dalam mendapatkan apa yang dimahukannya. Terkini, anak sulung pasangan David dan Victoria ini diajar bekerja pada hujung minggu di kedai kopi dengan gaji sebanyak RM15 sejam.

Pun begitu, sebagai pekerja di bawah umur, Brooklyn tidak boleh bekerja lebih daripada tujuh jam sehari dan dia perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.






Brooklyn dilaporkan dapat menyesuaikan diri dengan baik di tempat kerja dan tindakannya itu mendapat pujian dan seharusnya menjadi contoh kepada remaja lain yang perlu berusaha untuk mendapatkan wang saku.
Previous Post Next Post