Emma Stone terkilan apabila dia dianggap terlalu obses mahu kurus.
KETIKA ramai orang sibuk berdiet dan menguruskan badan, Emma Stone pula berjuang untuk menaikkan berat badannya.
Menurut laporan Dailymail, Emma yang ditemui pada acara Met Gala pada Isnin lalu berkata, dia kini sedang berusaha untuk menaikkan berat badannya agar memiliki tubuh yang ideal.
Kata kekasih Andrew Garfield itu, dia begitu sakit hati apabila membaca sebuah artikel mengkritik dia kononnya terlalu obses mahu kurus sedangkan hal itu sebaliknya.
"Saya telah membaca sebuah artikel dan komen-komen yang bercakap mengenai berat badan saya.
Mereka anggap saya begitu obses mahu kurus. Padahal saya sedang berjuang mahu menaikkan berat badan. Rasa tertekan dibuatnya," kata Emma.