John Hamm gemar filem animasi sedih.
FILEM kartun popular Frozen bukan sahaja digemari kanak-kanak, malah selebriti Hollywood, John Hamm yang membawa watak John Drapper dalam tujuh siri Mad Men ini mengakui sedih ketika menonton filem tersebut.
Dalam sebuah temubual dengan Vanity Fair, dia secara terbuka memberitahu telah mengalirkan air mata setiap kali menonton filem kartun Disney tersebut.
Jelasnya, sebelum ini dia juga pernah tersentuh ketika menonton filem kartun Despicable 2.
Tambah John, dia lebih suka menonon filem animasi yang berunsur sedih berbanding komedi semata-mata.