Hyun Bin kecewa dengan komen orang ramai.
PELAKON kacak Hyun Bin baru-baru ini meluahkan pandangannya terhadap komen daripada penonton berkaitan filem terbaharu lakonannya, The Fatal Encounter sewaktu ditemu bual oleh OSEN.
Saya sedikit kecewa dengan reaksi penonton. Saya ingatkan ada pandangan berbeza daripada mereka. Selepas sidang akhbar terdapat komen buruk daripada media tetapi ketika itu saya belum menonton lagi filem itu, jadi saya tidak tahu cerita sebenar.
Selepas menonton The Fatal Encounter, saya yakin apa yang diperkata oleh pihak media adalah salah faham daripada mereka sahaja dan saya tidak kata begitu kerana filem itu lakonan saya. Saya cuma memberi pendapat saya sahaja." katanya.
Tambahnya, terdapat ramai orang dan masing-masing mempunyai pandangan berbeza dan dia yakin bagi yang mengikuti karakter Jung Jo menerusi drama faham dengan keadaan Jung Jo yang terasa dirinya dikhianati.
Sejak dari awal cerita, pengarah berhasrat untuk menunjukkan karakter Jung Jo, sebab itulah filem tersebut banyak adegan imbas semula. Selepas filem itu ditayangkan, saya sedikit kecewa kerana saya sangkakan ada sedikit info tentang jalan cerita kerana ada beberapa fiksyen yang dimuatkan untuk menampakkan cerita itu menarik.
Memandangkan tidak ada sebarang penerangan, saya fikir ada penonton yang kecewa. Contohnya, mereka mungkin berkata, kenapa nenek itu nampak muda? dan sebagainya jika dipandang daripada pelbagai aspek. Saya rasa pengarah sendiri pun kecewa dengan situasi itu," jelasnya.
Menurut Hyun Bin, sejak dari awal lagi dia tahu yang filem itu bukan berkisar tentang Jung Jo. Walaupun adegan fiksyen diadakan tetapi ia tetap selaras dengan jalan cerita kerana ia berkisar tentang kehidupan setiap watak dan bagaimana mereka bertemu.
Filem ini banyak memaparkan tentang naluri Jung Jo. Saya fikir ramai yang pernah rasa dikhianati seperti yang dilalui oleh Jung Jo. Adalah lebih baik kalau kita menonton filem itu dengan lebih fakta," katanya tentang filem yang telah ditayangkan sejak 30 April lalu dan mendapat sambutan hangat itu.