Liyana Jasmay bukan sorok anak



JUMAAT lalu artis Liyana Jasmay sudah pun selamat melahirkan anak pertamanya di ibu kota Kuala Lumpur. Merupakan seorang bayi perempuan, Joyah percaya anaknya itu pasti mewarisi kecomelan ibunya juga. Meninjau laman Instagram Liyana sepanjang mengandung anak pertamanya ini memang ramai yang kata dia nampak begitu cantik dengan badan yang sedikit berisi. Ialah sebelum ini Liyana memang kurus tetapi itu bukan suatu masalah memandangkan kesihatannya sepanjang mengandung di tahap yang memuaskan.






Melalui proses kelahiran normal, Liyana serta bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Tidak sabar pula Joyah mahu melihat wajah anak pertama Liyana ini, harapnya Liyana sudi berkongsi kelak. Buat masa sekarang memanglah Liyana nampaknya macam sengaja menyembunyikan wajah anaknya itu. Dia tak sebarkan awal-awal sehinggakan ada yang tertanya-tanya, kenapa dan mengapa? Amboi...ala-ala artis gred A di Hollywood pula ya, sampai begitu gayanya?

Opsss, jangan marah, Joyah saja-saja usik tau. Joyah faham, tentunya Liyana ada sebab untuk menyembunyikan seketika buah hatinya itu. Pasti akan ada satu majlis besar-besaran memperkenalkan si permata hati selepas ini.

Jadi, Joyah faham sangat dan menyokong tindakan itu. Bayi masih baharu, jadi eloklah bagi masa untuk dia membesar dengan baik dulu. Bagi peluang juga untuk ibu dan bapa, datuk dan nenek bermanja dengan orang baharu. Nanti sampai masa, tengoklah gambar bayi tu puas-puas ya, Liyana pasti akan beri keizinan.

Apa juga keputusan Liyana pastinya peminatnya faham, bukan apa kondisi selepas bergelar ibu bukan mudah. Tentunya tanggungjawab itu lebih berat buat Liyana memandangkan ini anak pertamanya.

Semoga cepat sembuh ya Liyana dan jadi ibu yang terbaik.
Previous Post Next Post