Konsert akhir Kilauan Emas ditunda ke 4 Jun



Konsert Akhir Kilauan Emas musim keempat yang sepatutnya berlangsung malam ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil ditunda kepada 4 Jun ini.

Pihak Astro dalam satu kenyataan kepada media berkata, penundaan dibuat bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

"Kami meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu.






Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam pada itu, konsert akhir berkenaan akan menampilkan lima orang peserta lelaki yang akan berentap merangkul gelaran juara. Juara Kilauan Emas akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry berserta sebuah trofi.
Previous Post Next Post