Nad Zainal Perpisahan Bukan Gimik



Selama ini Nad Zainal cukup terbuka mengenai hal percintaannya dengan pelakon baharu, Azwan Kombos.

Ini dapat dilihat menerusi laman Instagramnya, di mana Nad sentiasa memuat naik gambar mesranya bersama kekasih.

Namun, ramai peminat terkejut apabila Nad membuat pendedahan dalam sebuah program hiburan baru-baru ini mengatakan mereka sudah putus cinta.

Tiada desas-desus mengatakan hubungan mereka sebelum ini bermasalah dan yang lebih pelik lagi Azwan sendiri tidak tahu menahu mengenai perpisahan tersebut.

Tak semena-mena peminat mengandaikan ini merupakan gimik semata-mata untuk menaikkan lagi nama mereka di persada seni tempatan.

Menafikan perkara tersebut, Nad berkata hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.




Nad Zainal dan Azman Kombos Masih Bersama

“Tak ada gimik, tak ada apa. Apa yang keluar (pengumuman), itulah yang berlaku. Perkara yang tak diduga macam ini dalam sesuatu hubungan memang tak mustahil berlaku. Jadi tak ada (apa) yang pelik kalau berlaku.

“Tapi terus-terang saya cakap apa yang sudah keluar (umum) adalah apa yang terjadi. Tak ada agenda yang tertentu atau gimik. Selebihnya saya tak nak cakap apa-apa, cukuplah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sementara itu, si jejaka pula mengatakan dirinya masih lagi keliru dengan tindakan Nad yang mendedahkan hubungan mereka sudah putus tanpa ada sebarang komunikasi mengenai perkara tersebut sebelum ini.

“Kalau gimik ke apa ke, mungkin Nad yang buatlah, bukan saya. Apa yang dah jadi memang berdasarkan apa yang saya dah cakap sebelum ini. Saya masih terpinga-pinga, pelik dan tak tahu apa-apa apabila semua berlaku secara tiba-tiba begini.

“Tiada ada komunikasi antara kami. Saya cuba komunikasi tapi cara dia balas memang nak tak nak. Dia masih dingin terhadap saya sampai sekarang. Saya tak tahu sebenarnya apa yang berlaku. Apa pun saya hormati keputusan dia. Cuma saya terkilan sepatutnya saya yang patut tahu dulu (putus cinta) bukan media,” ulas Azwan.

Pasangan comel ini menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu ketika sama-sama melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Aswara, Kuala Lumpur.
Previous Post Next Post