Penyanyi Adam Ahmad Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada keluarga penyanyi popular 80-an, Adam Ahmad, 50, yang meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 12.15 malam Khamis dan meninggalkan seorang isteri, Norliza Ayat yang dikahwininya pada 2010.






Selain bergelar penyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang pencipta lagu terkenal dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada 1990 menerusi lagu 'Janji Manismu' nyanyian Aishah dan pada tahun 1993 dengan lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu' dendangan Fauziah Latiff.
Previous Post Next Post