Pelantun lagu ‘Jahat’, Stacy menafikan dirinya meniru penampilan penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus. Ini kerana menerusi album terbarunya imej bekas pelajar Akademi Fantasia ini menyerupai penampilan penyanyi lagu ‘Wrecking Ball’ itu.
“Meniru Miley Cyrus? Dari segi mana? Tak adalah. Saya tidak rasa begitu. Mungkin kini nama Miley tengah hangat diperkatakan dan sebab itu ada sesetengah pihak mengaitkan saya dengan Miley. Saya cuma mahu tampilkan sesuatu yang segar untuk album terbaru saya. Kalau dilihat, lagu-lagu dalam album saya, imej, tarian dan penampilan yang saya tampilkan menerusi album terbaru tidak sama dengan Miley,” ujar Stacy ketika ditemui sebelum majlis pelancaran dan showcase album terbarunya di Zouk, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Bercakap mengenai album terbarunya yang berjudul ‘#1’, Stacy menjelaskan dia berbincang terlebih dahulu dengan pihak pengurusannya untuk memberikan kelainan menerusi album studio ketiganya itu.
“Kami telah mula merangka proses pembikinan album semenjak Oktober tahun lalu. Saya memang mahu buat sesuatu yang lain dan serius. Kalau boleh, tidak mahu sekadar ‘cincai’. Seiring dengan usia saya yang bertambah, saya mahu tampilkan kematangan dalam karya terbaru ini,” jelas penyanyi lagu ini lagi.
“Lagu-lagu yang saya tampilkan dalam album ketiga saya berbeza dengan album sebelum ini. Semuanya lebih segar. Bukan sahaja dari segi lagu, saya juga beri penekanan terhadap imej saya, kulit album dan konsep. Malah ‘showcase’ saya hari ini pun menampilkan konsep serupa dengan album saya,” kata Stacy lagi.
MV STACY - GILALAH
Penyanyi lagu ‘Pelangi Senja’ ini juga sempat menghasilkan satu lagu menerusi album terbarunya ini. Stacy menjadi penulis lirik bagi lagu yang menjadi single pertama album terbarunya, ‘Gilalah’.
“Saya rasakan tidak susah sangat untuk menulis lagu. Menerusi lagu ‘Gilalah’, saya keluarkan apa yang saya rasakan. Lagu tersebut lebih dekat dengan diri saya kerana bait-bait lirik yang saya tulis adalah sesuatu yang lazim dengan saya,” ujar Stacy mengakhiri perbualan.
ARTISMELETOP: SAYANG SERIBU KALI SAYANG. TAK PERLULAH KLON ARTIS-ARTIS BARAT TU. KULIT ALBUM PUN DAH SAMA. BORING LA STACY! GUNA LAH IDENTITI SENDIRI LAIN KALI BUAT MALU JE LA TIRU-TIRU NI TAK ORIGINAL! RINDU NGAN LAGU BALADA STACY TAPI STACY IKUT MOOD DIA JE NAK BUAT ALBUM MEMANG DAH TAK BEST LA STACY MINTA MAAF LAH YER. MAYBE NEXT ALBUM BUAT YANG TERBAIK LAGI