Abby Abadi Beri Penjelasan, Farhan Tuduh Media Tambah Cerita!



Susulan dari laporan ARTISMELETOP mengenai Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang membuat laporan polis kerana mendakwa didera dan dicakar bekas isterinya Abby Abadi, nampaknya kisah tersebut tidak berakhir begitu sahaja.

Abby Abadi akhirnya tampil memberi penjelasan menerusi laman Instagram miliknya selepas mendapati berita mengenai dia ‘mendera’ suami disiarkan di media.

Menerusi penjelasan yang dibuat Abby, jelas menunjukkan selebriti ini kesal dengan dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu (Farhan).

Abby turut meluahkan rasa kecewanya terhadap tuduhan yang dilemparkan Farhan dan menganggap semua yang diperkatakan bekas suaminya kepada media adalah berita yang tidak benar dan sengaja ditokok tambah.






Selain itu, Abby turut memuat naik sekeping lagi gambar yang memaparkan perbualannya bersama bekas suami menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sebaik sahaja kenyataan dibuat Farhan tersebar di media-media dan blog.

Agak mengejutkan kerana apabila ditanya Abby mengenai kenyataannya (didera) kepada media, Farhan menjawab “saya xtahu itu media yang tambah cerita”.

ARTISMELETOP tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dilakukan Farhan kerana dia sendiri yang menunjukkan laporan polis kepada media di luar mahkamah dan kemudiannya menafikan perbuatannya itu.

Dalam pada itu, pada kapsyen foto tersebut Abby turut menegaskan tidak pernah berlaku sebarang penderaan ke atas diri Farhan.

Buat pembaca semua yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah penjelasan Abby Abadi mengenai kenyataan bekas suaminya yang pernah didera dan dicakar itu, ARTISMELETOP sertakan 'screenshot' yang diambil daripada akaun Instagram Abby Abadi. Baca dan nilaikan sendiri:

Previous Post Next Post