Akdong Musician Bakal Lancar Album Kedua



KUMPULAN Akdong Musician yang selesai mempromosikan single baharu mereka berjudul Play dijangka bakal melancarkan album terbaharu mereka dalam waktu terdekat.

Single tersebut yang baharu dilancarkan pada April lalu telah mendapat perhatian dan menjadi juara di carta-carta stesen radio negara itu.

Syarikat pengurusan kumpulan itu berkata pelancaran berkenaan merupakan album kedua untuk tahun 2014.

Dalam satu wawancara, salah seorang ahli kumpulan itu, Chan Hyuk mengakui sudah mempunyai 80 buah lagu yang menunggu untuk dilancarkan.




Previous Post Next Post