Lana Nodin temui cinta baharu



LANA NODIN

Pelakon sensasi Lana Nodin, 35, mengakui kini sedang rapat dengan seorang pelakon baharu, Mas Khan, yang berusia 20-an.

"Buat masa ini hubungan kami rapat sebagai kawan.

"Sebelum ini, kami pernah berjumpa tetapi tidak bertegur sapa sehinggalah kami sama-sama menjalani penggambaran filem 'Biasan' sekitar Mei lalu," kata Lana ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik fesyen, Airish Miracle di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Sebelum ini Lana pernah bercinta dengan Johan Asari, namun hubungan mereka hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.




Previous Post Next Post