Marina Juki Tunggu Zizan Pulang, Zizan Pula No Komen!



Ekoran berita yang dikeluarkan mengenai akaun syarikat Wirefame milik pelakon dan pelawak Zizan Razak dan rakan kongsinya Marina Juki dibekukan, portal ARTISMELETOP telah cuba untuk mendapatkan kedua-dua individu ini untuk pengesahan.

Bagaimanapun Marina Juki yang merupakan rakan kongsi yang juga bekas pengurus kepada Zizan ketika dihubungi portal Murai, enggan mengulas tentang perkara tersebut.

“Maaf, saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan sekarang. Tunggu Zizan pulang ke tanah air dan anda boleh bertanya sendiri kepada dia,” jawabnya ringkas.

BACA: Beku Akaun Wirefame, Zizan Aniaya Artis Naungan Syarikatnya?






Terdahulu menerusi ruangan gosip ARTISMELETOP, kakitangan Wirefame terkejut apabila tidak dapat membuat pengeluaran wang akibat akaun syarikat yang telah dibekukan.

Sementara itu, Zizan Razak ketika diminta menjawab tentang perkara ini turut mengambil pendekatan yang sama, tidak mahu mengeluarkan sebarang komen.

“No komen,” jawab Zizan menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Selasa.

Zizan ketika ini berada di Shibuya, Jepun untuk menjayakan rakaman program travelogue ‘Jejak Jepun’.
Previous Post Next Post