Beku Akaun Wirefame, Zizan Aniaya Artis Naungan Syarikatnya?



Semalam Murai Batu di portal Murai.com melaporkan Pengarah Urusan Wirefame Entertainment, Zizan Razak telah bertindak membekukan akaun syarikat tersebut.

Tindakan tersebut telah menyebabkan rakan kongsi Zizan Razak, Marina Juki terkejut kerana tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut lebih awal.

Bagaimanapun selepas mengetahui perkara ini ARTISMELETOP cuba menghubungi Zizan Razak dan Marina Juki untuk mengetahui perkara sebenar.

Marina Juki yang merupakan bekas pengurus Zizan tidak memberikan sebarang komen malah mahu menunggu kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan perkara ini.

Sementara itu Zizan turut mengambil pendekatan yang sama untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Disebabkan pembekuan akaun tersebut, artis naugan syarikat Wireframe Entertainment Sdn Bhd Johan Asari dan Kaka Azraf kecewa dengan tindakan Zizan.






Johan Asari memberitahu kepada Harian Metro hari ini (Rabu), telah berlaku penindasan oleh Zizan terhadap mereka.

“Disebabkan tiada pendapatan saya tidak dapat membantu ibu untuk melunaskan bil rawatannya di hospital,” katanya.

Sementara itu Kaka turut kesal dengan tindakan pengarah urusannya itu dan berkata perkara tersebut telah memberi kesan kepada kewangannya.

“Sepatutnya Zizan bincang dulu dengan kami dan pekerja lain sebelum bertindak. Sekarang ini kami jadi mangsa dia,” ujarnya.

Kaka dan Johan memberitahu akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu seorang lagi artis Wirefame, Chacha Mambong mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam perkara terbabit.

Difahamkan pembekuan akaun dibuat pelakon dan pelawak terkenal itu tanpa mendapat persetujuan rakan kongsinya sekaligus menyulitkan syarikat untuk membayar pendapatan artis.

Zizan dikatakan membekukan akaun syarikat sebelum berlepas ke Jepun bagi menjalani penggambaran program travelog ‘Jejak Jepun’ baru-baru ini.
Previous Post Next Post