Anggota Kumpulan BTS Belajar Bahasa Inggeris


BTS mempelajari bahasa Inggeris sebagai persediaan mengadakan konsert di Los Angeles.

SEBAGAI persediaan untuk mengadakan konsert di Los Angeles, anggota kumpulan BTS mengambil inisiatif untuk mempelajari bahasa Inggeris supaya mudah untuk berinteraksi dengan peminat mereka di negara tersebut.

Portal All Kpop melaporkan, BTS turut merakamkan proses pembelajaran tersebut untuk dikongsikan bersama peminat ketika dalam penerbangan dari Seoul, Korea Selatan ke Amerika Syarikat.

Video yang pada asalnya hanya dikongsi menerusi laman Never Star Cast kini telah pun dimuat naik di Youtube untuk tontontan peminat di seluruh dunia.

Menerusi klip berkenaan pelbagai peristiwa lucu dipaparkan sepanjang pembelajaran bahasa tersebut namun menghiburkan.




Previous Post Next Post