Jessica (Girls Generation) Tidak Suka Lelaki Muda


Jessica anggap lelaki muda tidak matang.

ANGGOTA kumpulan Girls Generation iaitu Jessica tidak akan memilih lelaki yang lebih muda daripadanya sebagai kekasih dan lebih selesa menganggap mereka seperti adik.

Jessica menerusi laporan Allkpop berkata, lelaki yang lebih muda adalah seorang yang tidak matang dan yakin hubungan itu nanti tidak akan kekal lama.

Tambahan pula kata Jessica dia tidak suka apabila seorang lelaki yang lebih muda menyapanya dengan cara tidak formal.

"Ada beberapa lelaki yang ingin berkenalan dengan saya tetapi apabila mendapat tahu usia mereka masih muda saya terus menolak," katanya.




Previous Post Next Post