IQRAM Dinzly mengakui datuk saudaranya adalah antara 15 anak kapal yang bertugas dalam pesawat malang itu. Iqram berkata, Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin adalah mempunyai pertalian di sebelah ibunya.
"Opah saya (emak kepada ibu Iqram) dan Tok Ran (Wan Amran) adalah adik beradik. Kami ada berjumpa baru-baru ini semasa saya menjalani penggambaran di Shah Alam dan dia ada menjemput saya ke rumahnya.
"Malah hujung tahun lalu kami turut menyertai perjumpaan keluarga beramai-ramai di Perak.
"Selepas MH370, saya tidak sangka kejadian hampir sama menimpa Tok Ran," katanya yang menyifatkan Wan Amran sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri.