Ji Sung Malu



Aktor Ji Sung bercakap mengenai perkara memalukannya apabila menyedari sikap prejudis yang dilontarnya kepada aktor Joo Ji Hoon adalah salah.

Pada sidang media filem terbaru mereka, Confessions pada 25 Jun lalu, Lee Kwang Soo, Ji Sung dan Ji Hoon bercakap mengenai tanggapan pertama mereka mengenai rakan artis termasuk karakter dan filem itu.

Ji Sung berkata, dia merasakan Ji Hoon sombong kerana bentuk wajahnya nampak ‘matang’ walaupun lebih muda dari Ji Sung.

“Dia juga tinggi dari saya dan membuatkan seolah-olah dia memandang rendah pada saya. Namun apabila berjumpa dan sedia bekerja, saya malu sebab dia sangat bersedia dan bekerja keras.

“Sedari awal, saya menganggap diri saya adalah gangguan kepada dua aktor ini (Ji Hoon dan Kwang Soo). Jadi, saya membuat persediaan lebih rapi dan merapati mereka dengan lebih jujur,” katanya.




Previous Post Next Post