Loque Bakal Buat Eksperimen Lagi



Walaupun telah dikenali ramai dan digelar mastermind bagi kumpulan Monoloque, Loque tidak cepat mendabik dada. Malah Loque tetap merendah diri serta sentiasa mencari ilmu dalam bidang muzik untuk memastikan kumpulan Monoloque sentiasa mengikut perkembangan semasa selari dengan muzik yang mereka bawa.

Buktinya, Loque atau Khairil Ridzwan Annuar telah keluar negara untuk mencari muzik unik dan vintaj sekaligus dapat dijadikan bahan kajian untuk projek mereka yang seterusnya. Monoloque yang sering membawakan muzik bergenre folk dan muzik rakyat kini lebih tertumpu kepada pencarian alat muzik vintaj sekaligus bakal bereksperimental dengan muzik minimalis dan folk kelak.






Mengenai perkembangan semasa pula, Loque bakal muncul dengan single yang terbaru berjudul 'Moreh'. Lagu yang berkisarkan mengenai umat Islam yang berpuasa ini cukup istimewa apabila bakal dihidangkan dengan alunan gitar akustik dan mesejnya jelas tentang peringatan kepada diri sendiri ketika berpuasa serta keindahannya.

Selain itu, dia turut sibuk dengan projek rakaman skor muzik bagi filem 'Gila Baby' yang telah diarahkan oleh pengarah terkenal Khabir Bhatia. Sebuah album khas bersama Projek Gamelan yang turut mendapat kerjasama dari pihak Muzium Pahang turut sedang rancak proses pembikinannya. Single terbaru mereka berjudul 'Den.Dam' telah selamat dilancarkan baru-baru ini dan boleh didengari melalui laman-laman sosial seperti YouTube.

Previous Post Next Post