Sharifah Aini meninggal dunia 1.30 pagi tadi



KUALA LUMPUR 5 Julai - Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini pada sekitar pukul 1.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.

Allahyarham disahkan mengidap masalah paru-paru yang serius semenjak dua tahun lalu dan sejak itu, berulang alik dirawat di hospital.

Keadaan Allahyarham, yang baru menyambut hari kelahiran pada 2 Julai, dikatakan semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.




Previous Post Next Post