The Cursed House: Sumpahan Berhantu


SELAMA ini, kita sering disajikan dengan kisah rumah tinggal yang dikatakan berhantu dan penuh misteri.

Dek kerana rumah tinggal tersebut, ada pelbagai misteri yang diceritakan dan ada juga di antaranya hanya mitos belaka.

Mengambil idea daripada kisah-kisah sebegitu, maka terbitlah sebuah filem The Cursed House yang merupakan filem seram Thailand mengisahkan sebuah rumah yang berhantu disebabkan kejadian-kejadian yang tidak diingini telah berlaku dalam rumah tersebut.

Dek kerana sumpahan itu, mana-mana keluarga yang berpindah masuk ke rumah tersebut akan diganggu sekali gus menyebabkan tidak ada sesiapa yang sanggup tinggal di situ dalam tempoh lebih lama.

Begitulah antara jalan cerita filem arahan Teeratorn Chowvanayotin, yang dijayakan oleh Kamolnapatch Thanwong, Akara Amarttayajul, dan Suppakit Tangthatwasd.

Dek kerana dendam seorang suami dan diselubungi rasa amarahnya apabila si isteri ingin membawa anak pergi meninggalkan, maka dia tekad untuk membunuh isterinya dan membunuh diri.

Namun dek kerana roh yang tidak tenteram, maka keluarga lain menerima akibat daripada perlakuan yang tidak bertanggungjawab itu.

Pada pandangan penulis, jalan cerita filem ini tidaklah begitu rumit dan mudah juga untuk difahami.




Kejutan dijangka

Namun sayangnya, bagi yang gemar menonton filem seram, kebanyakan kejutan melibatkan babak seram di dalam filem ini sudah boleh dijangka.

Ia secara tidak langsung mengurangkan debaran dan rasa takut untuk menonton filem ini.

Cuma kesan bunyinya sahaja yang banyak membantu memberi rasa takut kepada penonton yang barangkali tidak suka menonton filem seram.

Namun kekurangan itu tidak mengganggu jalan cerita, namun sedikit mengganggu mood penonton.







Lakonan mantap

Bagaimanapun mujur penglibatan para pelakon bersesuaian dengan watak yang dijayakan.

Ia secara tidak langsung membantu mencantikkan jalan cerita biarpun kejutan yang dipaparkan sudah boleh dijangka.

Apatah lagi dengan penghayatan yang berkesan tidak kira daripada pelakon utama dan cilik, membuatkan penonton akan terus setia untuk menonton filem ini hingga ke penghujungnya.
Previous Post Next Post