Ziana Zain Berhijab Hanya Pada Bulan Ramadan?



Beberapa hari ini, ramai yang menyangkakan, Ziana Zain turut berubah imej dengan penampilan bertudung setelah gambar-gambar di laman instagram miliknya menunjukkan Ziana sedang berhijab. Rata-rata ramai yang memuji dan terkejut dengan perubahan terbaru Ziana yang mendadak. Sebenarnya, ramai yang tertanya-tanya benarkah Ziana Zain terus berlitup bagai disangka? Rupa-rupanya, Ziana mengakui, telah terbiasa menutup kepala setiap kali menjelang bulan Ramadan. Bukannya apa, Ziana Zain hanya mengingati pesanan ibunya supaya bertudung, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan tanda hormat di bulan yang mulia ini.

Kata Ziana, “Inilah pesanan (pakai tudung di bulan Ramadhan) yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan.”

Sebelum ini juga, anak-anaknya juga pernah berpesan supaya dia memakai tudung dan sempat juga Ziana mengaku sambil berseloroh, kadang-kadang ada juga terasa malu kerana anak-anaknya yang dihantar ke sekolah agama, agak malu apabila ibu mereka Ziana Zain datang mengambil mereka dari sekolah tanpa mengenakan tudung di kepala. Ziana sendiri mengakuinya dan itu yang membuatkan kadang-kadang Ziana Zain turut berbelah bagi.

Walaubagaimanapun, masih belum sampai seru lagi buat penyanyi cantik ini untuk terus berhijab seperti rakan-rakan artis wanita yang lain, yang sudah sedia maklum penghijrahan mereka. Perkara seperti ini sangat subjektif dan tak boleh dipaksa. Anggap saja ianya satu permulaan yang baik buat Ziana Zain kita ni ya?




Previous Post Next Post