Baju Rita Ora koyak di depan umum


RITA ORA

BARU-BARU ini penyanyi Rita Ora telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Adidas Originals Collection. Dia kelihatan cantik dan manis mengenakan jumpsuit bunga-bunga dipadan dengan jaket corak yang sama daripada koleksi terkini Adidas.

Malangnya, pada hari perasmian tersebut, pelantun lagu I Will Never Let You Down itu telah mendapat malu apabila baju yang dipakainya koyak. Malang berganda apabila ia telah terkoyak pada bahagian yang agak memalukan iaitu punggung.






Insiden memalukan tersebut berlaku sewaktu Rita sedang keluar dari kenderaannya. Baju pada bahagian punggungnya telah terkoyak dengan cukup jelas sehingga menampakkan kulitnya.

Hal itu telah dijadikan 'bahan' oleh paparazi yang sedia menanti dan kini gambar baju koyak Rita itu sudah tersebar di alam maya.


Previous Post Next Post