SELAIN sibuk dengan kariernya sebagai anak seni, Altimet kini menceburi bidang perniagaan di bawah jenama Benua yang memasarkan kurta sebagai produk utamanya.
NEGARA kita cukup terkenal dengan adat resam dan nilai tradisi yang diamalkan sejak turun-temurun. Begitupun, tidak ramai yang mampu atau cenderung untuk membawa nilai-nilai tersebut bagi dipertontonkan ke persada dunia.
Hal itu yang mahu dilakukan penyanyi rap, Altimet apabila dia diberi peluang untuk memperkenalkan seni tradisi tempatan kepada rakyat Amerika Syarikat (AS). Peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin dalam membentuk sebuah platform pembelajaran yang berguna khususnya untuk kaum muda.
“Sekitar awal tahun lalu, saya dan kumpulan Diplomat Of Drums pergi ke satu uji bakat yang diadakan oleh Kedutaan AS.
“Tujuan mereka mengadakan uji bakat ini bagi mencari calon-calon yang sesuai untuk memperkenalkan seni tradisi yang ada di Malaysia bersempena dengan program Arts Meet West.
“Selain itu, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengadakan bengkel dan mengajar peserta yang terlibat selama seminggu di setiap lokasi yang bakal kami singgah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai pakaiannya, Benua di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Seni tradisi
Program yang bakal berlangsung selama enam minggu bermula 13 September ini turut memperlihatkan keupayaan Altimet dalam menguasai silibus dan sejarah mengenai sesuatu tradisi yang ingin diketengahkan.
“Dalam tempoh lebih kurang setahun, saya harus banyak belajar tentang latar belakang pelbagai jenis seni tarian dan lagu-lagu tradisional. Ini termasuk- lah tarian zapin, dikir barat, dan nyanyian keroncong.
“Saya perlu bersedia sepenuhnya sebelum cuba untuk memberi informasi kepada orang lain, terutamanya warga asing,” ujarnya.
Menurut pelantun lagu Kalau Aku Kaya berama Awi Rafael ini lagi, dia berasa cukup bertuah kerana dapat menyertai program tersebut dan akan berusaha sehabis baik dalam memartabatkan seni Malaysia di mata dunia.
“Setiap tahun, pihak penganjur akan memilih sebuah pasukan daripada sebuah negara bagi memperkenalkan kesenian mereka di sana.
“Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan penyanyi rap pertama yang terlibat dalam program ini, saya berasa cukup bangga. Saya berharap, apa yang akan diketengahkan nanti bakal mendapat sambutan yang baik,” katanya penuh teruja.
Altimet bersama Diplomat of Drums yang dianggotai seramai 17 orang akan singgah di enam bandar di AS termasuk Texas, Chicago dan Houstan.
Ketika berada di setiap lokasi, mereka akan memperuntukkan dua hari sebagai hari persembahan dan selebih- nya akan diisi dengan pembelajaran berbentuk bengkel.
Benua
Meninggalkan berita misi menjaja budaya Malaysia di AS, Altimet pada hari yang sama turut berkongsi kegembiraan kerana berjaya melancarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu Benua.
Dia berkata, idea untuk memasarkan kurta sebagai produk utama tercetus apabila dia pergi ke sebuah ekspo Muslimah sekitar tahun lalu.
“Ketika berada di sana, produk-produk untuk kaum Muslimah cukup banyak ditawarkan. Namun, pakaian atau fesyen untuk golongan lelaki sukar untuk didapati.
“Justeru, setelah berbicang dengan rakan saya, Nizar Manaf, kami bersetuju untuk memasarkan rekaan-rekaan kurta pelbagai warna di bawah jenama Benua,” katanya yang menganggap, jenama itu sesuai untuk fesyen dan rekaan sedemikian.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan Benua, Altimet berkata, selain direka berdasarkan trend semasa, ia juga praktikal dan boleh dijadikan pakaian untuk solat.
“Baju jenis kurta mempunyai rekaan yang sedikit labuh tetapi tidak selabuh jubah. Justeru, ketika sedang rukuk atau sujud, si pemakai tidak perlu risau jika ia terangkat ke hadapan dan masih kekal menutup aurat,” ujarnya lagi.
Terletak di tingkat dua Plaza Alam Sentral, Shah Alam, koleksi kurta daripada Altimet dijual dengan harga bermula RM80 sehingga RM190 sehelai.