BRITNEY dan Adnan dikatakan kembali menjalin hubungan cinta.
BARU sahaja beberapa hari tersebar khabar angin tentang perpisahan antara penyanyi Britney Spears dan pasangannya, David Lucado, kini penyanyi itu dikatakan sudah menemui pengganti.
Sumber terdekat penyanyi itu menyatakan, Britney kini mula menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Adnan Ghalib. Setelah disiasat, lelaki tersebut merupakan bekas kekasih yang pernah ditinggalkannya enam tahun lalu.
"Ia sesuatu perkara yang tidak disangka sama sekali dan kini mereka selalu berhubung antara satu sama lain," ujar sumber berkenaan.
Hubungan Britney dan Adnan mula diketahui apabila ayah Britney iaitu Jamie Spears terdengar perbualan mesra antara kedua-duanya.
Sebelum ini, Britney dilaporkan memutuskan hubungan dengan David kerana didorong perasaan marah apabila mendapat tahu kekasihnya telah curang dengan wanita lain.