Hubungan Cinta Shahrul & Adira (AF8) Dapat Restu


Shahrul bersama cinta hatinya, Adira.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui keluarganya merestui percintaannya dengan penyanyi Adira.

Shahrul, 28, berkata, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, sudah pun bertemu dengan keluarganya dan mereka cukup senang dengan penyanyi itu yang ramah selain bijak mengambil hati kedua-dua orang tuanya.






"Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

"Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah," katanya.

Shahrul ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur di sini pada Rabu.


Wah... romantik gitu!

Dalam pada itu, Shahrul sudah bersedia untuk melamar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8) itu sebagai isteri, namun kerana kesibukan kerja masing-masing membuatkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Tambahan pula mereka masih lagi muda dan mungkin merancang akan menamatkan zaman bujang dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

"Saya rasa bila dah kahwin, kita perlu fokus pada keluarga pula dan kerja berada di tempat kedua.

"Jadi mana-mana kerja yang membabitkan masa saya sepenuhnya, saya utamakan dahulu. Saya tak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula," ujarnya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai penghijrahan imej Adira dengan memakai tudung dia bersyukur dengan penampilan baharu kekasihnya itu.




Kata Shahrul, sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat untuk melihat Adira bertudung, namun tidak memaksa penyanyi itu berumah imej dengan segera.

"Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana doa saya ingin melihat Adira bertudung dimakbulkan.

"Saya tak pernah pun paksa dia. Tetapi saya cuma bercakap dengannya yang saya suka jika dia bertudung.

"Kalau nak tahu, Adira seorang yang suka dibimbing dan diberi nasihat. Dia senang dididik," tuturnya.
Previous Post Next Post