SRK dengar cakap anak



SHAH RUKH KHAN menyifatkan anak-anaknya, Suhana dan Aryan mempunyai cita rasa filem yang baik

SEJAK sekian lama menjadi artis, Shah Rukh Khan banyak mendengar nasihat dan pandangan daripada isterinya, Gauri.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, aktor yang terkenal dengan panggilan SRK itu sudah tidak lagi mengendahkan nasihat dan pandangan isterinya itu.






Sebaliknya, beliau lebih gemar mendengar pandangan daripada dua oran anaknya iaitu Ayran Khan dan Suhana Khan dalam menentukan corak filem yang bakal diterimanya.

"Mereka kini menjadi individu yang paling banyak mempengaruhi saya dalam bekerja. Mereka akan beritahu saya filem bagaimana yang sesuai dan perlu saya cuba untuk karier saya.

"Jika dahulu saya banyak mendengar pandangan Gauri, kini peranan itu bertukar kepada Suhana dan Aryan. Saya suka mendengar pandangan mereka kerana ia membuat saya berani mencuba banyak cabang filem yang tidak pernah saya fikir untuk lakukannya sebelum ini," jelas SRK.




Antara filem lakonannya yang mendapat sokongan daripada Suhana dan Aryan ialah filem Happy New Year yang telah menyaksikan SRK mengalami sedikit kemalangan sewaktu melakukan babak aksi di dalam filem itu.

"Tapi saya okay, saya suka juga cabaran seperti ini," jelasnya lagi.

Biar menjadi penasihat kepada bapanya, SRK bagaimanapun memberitahu dua anaknya itu tidak gemar datang menemaninya di lokasi penggambaran kerana bosan menunggu terlalu lama tanpa berbuat apa-apa.
Previous Post Next Post