Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, Sonaone juara #AJL29



JOE Flizzow (kiri) dan SonaOne muncul juara pada AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan JoeFlizzow nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.




Kemenangan lagu itu melayakkan gandingan pencipta dan penyanyi berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Lagu Apa Khabar didendangkan Joe Flizzow dan SonaOne dengan penuh emosi dan vokal memukau.


KUMPULAN Caliph Buskers menyampaikan lagu popular Kumpulan Mojo, Romancinta pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini.

PERSEMBAHAN Dayang Nurfaizah pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori
Naib juara dimenangi lagu Masih Aku Cipta nyanyian Shila Amzah ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah serta membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan Imran Iman dendangan Dayang Nurfaizah. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM20,000 dan trofi.

Vokal Terbaik turut menyaksikan kejayaan Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.


KUMPULAN Caliph Buskers menyampaikan lagu popular Kumpulan Mojo, Romancinta pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil, malam ini. - Foto Ghazali Kori
Persembahan Terbaik pula menjadi milik kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.


PERSEMBAHAN Stacy (berdiri tengah) pada AJL29


PERSEMBAHAN bertenaga Amy Search (kiri) bersama Bunkface pada malam AJL29 di Stadium Bukit Jalil.

Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.



Previous Post Next Post