SEORANG pegawai polis berusia 20 tahun mungkin mampu mengegar industri hiburan antarabangsa apabila berjaya melakukan aksi 'miming' dengan sempurna, sekaligus memaksa Taylor Swift untuk turun takhta.
Melalui sebuah video yang dimuatnaik ke laman popular Youtube bertajuk "Dover Police Dash Cam Confessional (Shake it Off)", aksi 'miming' Jeff Davis berjaya menarik 17 juta perhatian pelayar internet.
Video berkenaan telah dimuatnaik pada 16 Januari lalu oleh akaun rasmi 'Dover Police', menunjukkan yang polis juga mempunyai humor.
Video tersebut menarik pelbagai reaksi termasuk mereka yang mengkritik pemanduan polis tersebut yang 'tidak berapa betul' semasa 'menyanyi', namun yang pasti, gaya dan aksi polis ini sangat melucukan.
Polis juga mahu melepaskan tekanan sekali-sekala, bukan?