Sari Yanti Tolak Tawaran Cerita Hantu


Sari Yanti juga tidak mahu membawa watak remaja sekolah.

Pelakon Sari Yanti memberitahu dia tidak memberi keutamaan terhadap tawaran drama bergenre seram yang memerlukannya untuk berlakon pada lewat malam.

Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari , 31, berkata, ia berikutan kebanyakkan penggambaran untuk drama seram dilakukan pada waktu malam sahaja.

"Saya tidak beri keutamaan pada drama seram, kalau boleh memang saya elakkan kerana tidak selesa dengan waktu penggambarannya.

"Cerita hantu selalunya penggambaran dilakukan pada waktu malam dan tahulah kalau malam sudah tentu badan rasa lesu dan penat, lagi pun saya tidak suka berlakon untuk menakut-nakutkan orang," ujarnya kepada Artis Meletop.




Dalam pada itu, Sari berkata, dia juga menolak tawaran drama yang memerlukan dia menjadi pelajar sekolah.

Katanya, ia berikutan usianya membuatkan dia agak sukar untuk menjiwai watak remaja sekolah.

"Biasanya kalau tawaran datang saya akan pertimbangkan dulu sama ada ianya sesuai atau tidak dengan saya.

"Kalau tidak sesuai seperti watak untuk remaja sekolah saya akan tolak kerana bagi saya ramai pelakon baru yang boleh bawa watak itu.

"Lagi pun usia saya sudah tua untuk menjiwai watak remaja begitu dan ia akan jadi tidak gembira bila dalam penggambaran itu nanti," ujarnya.



Previous Post Next Post