PENYANYI Justin Timberlake melahirkan rasa teruja kerana bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi hasil perkahwinannya bersama pelakon Jessica Biel.
Timberlake berkata, kehamilan isterinya merupakan hadiah paling berharga sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 34, Januari lalu.
"Bagaimanapun saya tidak mahu mengetahui jantina anak yang sedang dikandungkan sehingga bayi tersebut dilahirkan nanti.
"Rasanya memang tidak sabar hendak menantikan saat itu," katanya.