Pelakon lelaki berbogel dengan model wanita



Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama se­orang model tersebar di media sosial.

Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan.

Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu di­am­bil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu.




Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya.

Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain.

“Saya tidak tahu mengapa gam­bar ini disebarkan sekarang ji­ka betul artis berkenaan yang ku­rang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini.

“Bagi menjernihkan keada­an artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan.

Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial.

Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu.

Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam.

Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka se­bagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda.



Previous Post Next Post